Cikgu….
Matamu memancar bak sinaran suria…
Lidah mu petah berkata mengatur budi bicara…
Muka mu senantiasa manis ibarat gula-gula…
Mengimbas kembali sejenak kenangan aku bersamanya…
Cikgu …
Tangan mu belum penat menulis ilmu di pentas dunia…
Setiap kelas mu penuh dgn kenangan yg bermakna…
Membuatkan aku tersenyum dgn semangat mu yg membara..
Menyampaikan ilmu pengetahuan yg tiada batasannya…
Cikgu…
Kau bukan sahaja menjd pendidik sepenuh masa..
Kehadiran mu ibarat eratnya ikatan sebuah keluarga..
Kau la penganti ibu dan ayah bila mereka tiada bersama…
Mendidik…Mengasuh dan Menjaga aku seadanya…..
Cikgu…
Kau tiada tolok bandingnya…
Kedatangan mu mengubah kegelapan menjd terang dan nyata
Tanpa diri mu aku mungkin hilang arah tujuan entah ke mana…
Mungkin sampai skrg aku xthu menulis mengira @ membaca..
Cikgu…
Cubitan mu amat berbisa…
Aku xtahu sama ada perlu menangis ataupun ketawa…
Memang sepatutnya aku terima dengan penuh redha..
Siapa suruh xhantar homework bila tiba masanya…haha…
Cikgu…
Kenakalan ku memg menguji kesabaran yg xterungkap dgn kata-kata.…
Bukan bermksud aku ingin berkelakuan sedemikian rupa..
Sudah menjd lumrah buat insan bernama manusia…
Biasalah anak remaja meningkat dewasa….hehe..
Cikgu…
Kritikan mu sungguh membina…
Keringatmu xpernah luntur dek dugaan yg menerpa…
Memberi ilmu secukup rasa….
Agar anak didikmu kelak menjd insan yg berguna….
Cikgu…
Kini aku melangkah ke menara gading hasil didikan mu..
Menuju jalan yg berliku yg masih belum tentu…
Aku pasti masa depan ku menanti di situ
Terima Kasih wahai cikgu….
I Love You….
Nukilan,
Mohd Asyraf
2 comments:
rndu ckgu2 kita..:)
yup...miss them all.... (^_*) bila2..kita g sekolah sekali k...
Post a Comment