Oktober 1990 menjd tarikh bermakna buat mak….
Disudut rumah terdengar tangisan seorg bayi yg bru dilahirkan… diberikannya namanya Mohd Asyraf agar dpt membawa keriangan dalam sebuah ikatan perkahwinan…”Yang mulia” itulah ertinya nama yg diberikan…moga mendatangkn keberkatan buat anak yg bru dilahirkan….
Mak…..
Tatkala aku masih kecil….aku disusukan dengan penuh kasih syg…Tiada mlm mu yg sepi selain dr tangisan ku yg kedengaran….mak bgun dr tidur semata-mata demi diriku yg kehausan…setiap rengek dan mimik muka ku diperhatikan…setiap kali itu juga wajah mu memberikan senyuman yg jelas menuntut kesabaran…
Mak…kini aku makin membesar……
Dr terbaring kini aku mula merangkak….dr merangkak aku gila nk berjalan pulak….Setiap langkah yg ku dipimpin mak….tatih ku berpapahkn mak…..semuanya mak….tanpa mu aku mungkin xberpeluang melihat dunia nyata yg sekarang aku berpijak…
Aku mula berjalan dan terus berjalan….semakin lama aku berjalan….semakin itu juga membawa kebimbangan…namun…resah dihati mu hilang setiap kali aku ketawa keriangan …
Mak…maafkan asyraf mak…
Asyraf amat menyusahkan….setiap kali aku demam….mak mesti xtidur malam…setiap kali ku sakit mcm2 yg dtg menerpa dr depan mahupun belakang….namun mak tetap dgn kesabaran…menjd penawar dalam setiap kedukaan….menjelom kepala menjd satu kemestian…menghilangkan panas demam,lelah dan tarik yg ada di badan…
Mak…aku kini mula mencari ilmu….
Aku masih ingt ketika mak menghantar aku pergi ke Tadika…..kayuhan basikal mu sungguh menepati masa….tak kira penat mahupun lelah…membawa aku pergi ke tadika dan ke sekolah…ketiadaan ayah mencari rezeki membuat mak lebih tabah…mak lah ibu..mak la ayah….menjdkan mak cekal dan tidak pernah mengenal erti kalah…
Mak..kini aku semakin jauh….
Jauh dr mu xbermakna aku lupa segalanya….setiap didikan mu menjadi asas utama…walaupun mak tidak la berpelajaran smpai ke negeri Cina…namun mak tetap menjd idola…
Aku masih ingt pertama kali aku ingin berpisah dr mak…bukan mudah aku hidup tanpa mak…setiap langkah ku menjd kaku tanpa pimpinan mu…setiap hari ku penuh dgn liku2…bayangan wajah mu sentiasa hadir menjd pembakar semngt ku….
Aku masih terkenang saat aku diminta menulis karangan mengenai “orang tua anda”…tika dan saat itu juga mak hadir di dalam minda…setiap patah perkataan yg ku tulis disertakan dengan lenangan air mata ..menitis membasahi pipi ku tanpa diduga..
Aku masuk matrik xsampai seminggu…hati mula gelisah jiwa pula bercelaru…mungkin sebab aku xpernah dididik begitu…ketiadaan mak membuatkan aku jd tiada arah tuju…mungkin aku dibesarkan sebagai anak tunggal dan anak no.1 …membuatkn aku manje begitu..
Bila dah tamat zaman matrik universiti menanti pula…mak semakin resah xterkata apa2…anaknya terpaksa merantau jauh dr nya…dulu xpela Matrik Kedah dekat ja…kali nie Shah Alam pula…walaupun mendpt keizinan menuntut ilmu di universiti…tp perasaan aku kuat mengatakan mak tetap rasa berat melepaskan aku pergi..tp demi masa depan..mak gagahkn hati melepaskan aku pergi…
Terima Kasih Mak….
Sebab mak Asyraf berada di sini….sebab berkat doa mak asyraf capai kejayaan tika dan saat ini….sebab mak juga la asyraf kenal dan dpt lihat dunia realiti dan bukannya fantasi….
Mak…asyraf dah makin dewasa…..
Mak.. kini asyraf dah mempunyai kekasih hati.. (^_*) …tp mak sentiasa tetap di hati…walaupun aku xpernah buka cerita…tp mak tetap dpt menduga…mungkin itu lah yg dikatakan kasih mak terhadap anaknya…
Aku tersenyum sipu bila terkantoi depan mak la plak…mak tnya “sape gadis dalam laptop tue haaa??” …nk kata ape2 pown lidah dah terkelu la plak…yg pasti aku hanya tertunduk malu xterucap apa2 haa…hehe…
Mak...hanya satu yang asyraf pinta...
Kirimkn la doamu di mana jua asyraf menuju..kerana kejayaan dunia dan tmpt asyraf di syurga terletak di bawah kaki mu ....tiada daya sekiranya diri ini tanpa mu....xbermakna rasa jua bila hidup tnpa senyuman mu...
Yang Ikhlas,
Mohd Asyraf
0 comments:
Post a Comment