Sahabat Sejati

Perasaan Ini Muncul Kembali...

Semenjak kau hadir dalam hidupku..
Sinar kebahagiaan kembali berseri..
Hatiku yang kian suram pudar..
Kini penuh dengan warna warni..

Kehadiranmu sungguh beerti..
Membawa cinta yang ku cari selama ini..
Senyumanmu yang ikhlas mendampingi diri
Yang akan sentiasa menjadi pujaan di hati …

Keperibadian mu yang tinggi..
Memaksa aku berlari dan terus berlari..
Mengejar impian yang belum pasti..
Namun akan ku cuba sepenuh kudrat yang diberi..

Berdebar rasanya hati ini..
Tatkala ingin melafazkan ‘’cinta’’ yg suci..
Merah pipimu bak mawar mekar di taman..
Menjadi jawapan kepada hatiku  yang tidak keruan..

Hati mula terbuka menerima seadanya…
Namun bibir masih tertutup rapi..
Mata mula memainkan peranan yg bermakna..
Menerima @ menyembunyikan perasaan yg terbuku di hati
Keserasian yang kita rasai..
Pemangkin kepada perhubungan ini..

‘’Aku sayang kamu’’….
Itulah luahan pertama menjadi pembuka pintu hatimu..
Sesungguhnya..’’aku cinta pada mu’’…
Menjadi pengubat segala duka lara mu..

Perasaan ini datang lagi..
Kuharapkan perbezaan pada kali ini…
Bukan seperti mengail ikan di kali…
Kadang2 hadir dan kadang2 pergi xkembali..
Ku harapkan cinta mu kekal di sisi..
Menjadi seperti kulit dan isi…
Xpernah terpisah mahupun terlerai
Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yg diberi

 Kasih kita ditakdirkan bersama… 
Bersama takkan engkau ku persiakan
Walau ombak dan badai datang menjelma..
Kita tetap utuh dengan ikatan yang dijalinkan..

Walau terkadang hatimu dah terusik olehku
Maafku pohonkan darimu..
Bukan niatku untuk menyakiti hatimu..
Sekadar gurau senda seperti selalu…


Selagi ada nyawa seluruh daya… 
Kan ku pastikan kau gembira… 
Segala cinta dan saat bahagia bersama…
Moga hingga ke akhir hayat selamanya…


Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Photobucket